Kena survey balik semua kawasan kalau ada masa. Terlupa nak backup punca lupa 😭
Diary Entries in Malay
Recent diary entries
Buat masa sekarang saya masih kumpul maklumat kawasan untuk elak kesilapan.
Peraturan aman central menyukarkan saya untuk buat mapping di dalam.
googlemaps
#applemaps #here #mapbox
Tak tahu nak tulis apa.
Alamat rumah Kg.jelki latarek, Kuala krai,18000 Kelantan
Foto kenangan saya dirumah, Kg.jelkis latarek, kuala krai 18000, Kelantan, Malaysia
… tak de mood, biar orang lain buat. Kan senang.
Kalau boleh belek dan cedok (G***** S***** V***) macam tu je, dah lama peta satu Malaysia ni, lengkap sebab orang lain dah tolong buat siap-siap (bersyukurlah orang Jerman tu wujud, cuba tengok detail sangat-sangat tempat diorang - tapi hakikatnya majoriti pemeta Jerman tak main cedok-cedok).
Ada sebab kenapa ada rangka jalan dah ada sana sini… cuma nama jalan dan tempat yang belum ada. Bukan saja-saja tinggal kosong tau.
Tak ada paksaan kalau tak tahu nama jalan, banyak benda lain boleh buat. Bentuk rumah, bentuk bangunan, dll.
Peta larangan tu boleh kita guna kalau nak rancang nak belok ke arah mana, nak masuk jalan mana, nak belek mana papan tanda nama jalan. Lepas research tu keluar dan catat sendiri. Simbol hak cipta (©) kecik-kecik tu bukannya hiasan sempena Aidilfitri semata-mata tau.
Supervisor dah pesan dah kan?
The Spring Bintulu
Kali ni EX-Raid pulak dah.
Niantic guna data lama kot (tahun lepas ke bila entah). Ha, kalau korang update, tak keluar-keluar lagi, ha, tau sendiri tau-lah. Boleh pulak bising, “tolonglah update, tolonglah update“… macamlah orang Niantic tak tau ;-)
Tak naklah jamu cili ke apa ke, yang buat elok-elok tu, tahniah dan semoga anda sememangnya orang yang bersifat jujur, depan skrin mahupun belakang skrin.
“Amboi, serius benor.” Yelah, seserius korang main permainan korang tu.
Jangan sampai seluruh Malaysia tu jadi sekolah sudah (boleh je nak buat ;-) sebenarnya).
Nak minta tolong, boleh. Tak ada masalah. PM tepi je. Cuma jangan guna benda yang Copyright reserved / hak cipta terpelihara. Rilek, tak makan orang pun. Tak kena bayar sesen pun… sebab nak jaga kualiti data peta ni. Ingat, bukan permainan tu je yang guna peta ni. Ingat orang lain sikit…
P.S. nak jaga taman dalam hati. Camner eh nak letak dalam peta ni.
Ah, seronoknya perang tag. Hari ni tag begini, esok lusa tag begitu. Tak apalah, tunggu sekejap. Kalau pengguna ni dah mula tak sunting apa-apa, senyap-senyap kita balikkan keadaan asal (revert).
English: Personal OSM lulz 2014
Di luar / Outdoors mapping survey
Satu jalan tiga nama! Memandangkan OSM ada tag yang sesuai maka letak jelah kesemuanya.
One single stretch of road but three different names! A good example where the different tags in OSM can be useful.
Rujukan / reference: Way 319918394
Di dalam / Indoors armchair mapping
Kan senang nak letak nama kalau semua macam ni…
Adding details is a piece of cake if and only if things are more like this…
Rujukan / reference: Way 319665300
2015, semoga terus istiqamah tambah data OSM.
2015, hopefully I would be able to contribute more and more towards adding data to OSM.
Sebab apa?
Memang skema tagging yang sungguh skema tapi yang penting tak buat tag main redah je.
Sekian bebel-bebel OSM hari ini.
Mula-mula ingat bolehlah luangkan masa habis-habisan, terutamanya nak lengkapkan jalan-jalan pekan Alor Setar dan mungkin setakat apa-apa yang boleh ‘trace’ dari Mapbox dengan Strava.
Tapi ada perkara lain yang tak dijangka… nampaknya ‘sekatan jalan’lah.
Tunda lagi nampaknya nak hantar ‘request’ JUPEM. Harapnya bulan 9 nanti la kot. Projek masjid pun sama. Tapi ‘tracing’ pun dah tergendala. Banyak hari dah tak buat.
Oh ya. Sesiapa yang berminat untuk melengkapkan liputan sungai, Jabatan Pengairan & Saliran Kedah (akhirnya) letak senarai sungai bagi daerah Kota Setar dan Pendang (harapnya yang rasmi).
Assalamualaikum.
Aku ada jumpa senarai masjid/surau untuk daerah hulu langat yang siap lengkap dengan gps koordinit (lari sikit dari lokasi sebenar, kadang2 kena search keliling baru jumpa kubah masjid), nama masjid, nama kampung dsbnya. Baru sempat siap dalam 20 lokasi gitu, maklum le bila download area sekitar point guna JOSM, kawasan keliling pun touchup sikit2. Guna shift-D, copy paste koordinit, zoom out sikit hingga skala kat atas kiri skrin tunjuk dalam 50meter, lepas tu klik download to current data layer.
Lepas tu aku call diorang, katanya kat JAIS ada senarai untuk seluruh Selangor. Haa… terbeliak mata nak siap, tapi insyaAllah pahala banyak wooo…
Bulan ke-11 dalam usaha giat memperelok data OpenStreetMap.
Baru kelmarin, Mapbox dengan baik hatinya, membawakan imej satelit Digital Globe dalam OSM. Takdelah imej terkini sangat tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kawasan Malaysia yang tidak diliputi imej satelit Bing (ya, macam Alor Setar) kini dapat dipetakan dengan lebih terperinci.
Yeeeeeeeeyyyy!
Tapi macam mana pun, kena guna GPS dulu, mana tahu, ada tempat yang lari sikit kan.
Sebagai pemeta tak profesional yang hanya berharap dengan jejak GPS, sekurang-kurangnya lepas ni kurang sikit bebanan (hehehe) dan dengan gerek (basikal) buruk tu dapatlah pergi tempat lain sama kan.
Insya Allah, cuti sekejap. Rasanya bulan Jun aktif balik insya Allah.
Harapnya lepas bulan Jun nanti boleh hantar surat cinta kepada JUPEM.
Alhamdulillah, dapat juga tambah data dalam kawasan Alor Setar dan tempat-tempat sekeliling.
Setakat ini sudah muat naik beberapa jejak GPS. Kalau ikutkan nak saja muat naik kesemuanya tapi memandangkan pekan Alor Setar ni… boleh tahanlah banyak bangunannya. Memang ada sahaja signal yang kurang baik, terpesong sana-sini. Tak best, tak best. Jadi buat masa ni, cuba himpun banyak-banyak GPX dan baru buat trace (tekap).
Kalau nak ikut hati nak saja minta data sempadan negeri dengan daerah dari JUPEM. Tapi tengok dulu. Brader Kucai dah cuba (terima kasih!), tapi kalau tak berjaya, cuba tengok la pakai jabatan lain. Buat masa ni ikut hati nak sempadan Kedah dan daerah-daerah Kedah dulu, tapi kalau JUPEM baik hati sangat nak bagi semua, oh, terima kasih! Terima kasih! (LOL) “Fingers crossed”.
Nama jalan pun jadi masalah. Kadang-kadang tak ada papan tanda. Kena cabut jadi ‘besi buruk’ agaknya. Ish ish ish…
Jadi nak senang cerita, buat masa ni apa yang termampu, buat carian balikan (reverse lookup). Ingat titik pandang utama (POI), apa lagi, buat carian laman web yang berkaitan dengan POI tadi. Cari alamat penuh. Senang dan selamat (tak payah tiru-tiru peta lain) hehehe. Tapi masih kena letak sumbernya dari mana (tak ada masalah kot, bukannya tiru peta).
Musim monsun datang lagi. Mungkin lepas ni boleh tolong betulkan setakat yang mampu. Lebuhraya PLUS tu melingkar entah apa-apa. Tengoklah. Kalau pelan internet ni tanpa had, hehehe.
Edit 7.05pm: Eh, rekabentuk OSM baru? Tadi masuk macam biasa je?
Alhamdulillah. Bosan-bosan tu, sambil-sambil tu, ada la juga benda yang boleh dibuat: menambah baik data OpenStreetMap (OSM) kawasan sekeliling rumah.
Mula-mula guna app My Tracks. Macam okey je. Baca-baca forum, GPSLogger “lebih digemari” penyumbang-penyumbang OSM. Tapi belum lagi guna GPSLogger. Mungkin kalau pergi jauh sikit rasanya baru cuba tengok kot.
Apa-apapun dah guna data GPS dalam seminggu ni, kemas kini OSM kawasan Alor Setar dan dekat-dekat Alor Setar la. Cuma buat masa ni ingat kalau boleh nak kumpul banyak-banyak dulu data jejak GPS. Senang sikit. Lagi yakin.
Hehe.
InsyaAllah.
Saya sayang rumah saya